Saya merupakan penggemar laksa Sarawak. Saya juga yakin bahawa laksa Sarawak merupakan laksa yang sangat sedap dan lazat. Saya mempunyai ramai kawan yang berbilang bangsa dan apabila diajukan soalan "Pernah makan laksa Sarawak?" saya mendapat reaksi yang positif dan negatif. Ada yang mengatakan sedap, dan ada yang berkeinginan tetapi tidak mendapat peluang merasainya dan ada juga yang tidak berminat kerana bau rempah yang kuat serta ada yang mempunyai alahan dengan makanan laut. Untuk pertama kalinya, saya dan beberapa rakan menyediakan laksa sarawak untuk disajikan kepada sahabat yang berasal dari semenanjung. Respon yang diberi, amat menggalakkan dan rata-rata berpuas hati dengan laksa Sarawak. "Rasa sekali, pasti nak lagi" inilah kata-kata yang saya boleh ungkapkan tatkala melihat gelagat rakan-rakan yang menikmati laksa Sarawak buat kali pertama. Mereka amat menggemari walaupun baru pertama kali merasainya.
Pada pendapat saya, apa yang menjadikan laksa Sarawak ini popular ialah bahan campuran yang dimilikinya dan yang paling utama ialah pes. Semangkuk laksa Sarawak dilengkapi dengan beberapa ketul udang, hirisan ayam, daun sup, bawang, tauge, dan limau. Di tambah pula dengan sambal belacan, sememangnya menjanjikan nikmat kelazatan yang berbaloi. Di restoren mahupun gerai-gerai di sekitar bandaraya Kuching, laksa Sarawak boleh didapati dengan harga dari RM4.00 hingga RM8.00.
Bagi yang mereka yang menggemari mahupun yang baru mencuba, saya syorkan anda menggunakan pes laksa Sarawak Haji Manan. Pes laksa Sarawak Haji Manan merupakan pes laksa keluaran rakyat tempatan yang sangat dikenali di Sarawak. Pengasasnya sudah semestinya Haji Manan. Pes beliau digunakan dikebanyakkan restoren dan gerai di seluruh Sarawak. Bahkan beliau telah membuka beberapa outlet di semenanjung Malaysia. Dan apa yang penting ia semestinya HALAL! Di sini saya menyediakan pautan untuk rujukan anda semua.

![]() |
Pes Laksa Sarawak Haji Manan keluaran Ayuma Enterprise. |
laksa sarawak sememangnya terbaik... dari antara laksa di malaysia...tk gitu admin
ReplyDeleteya. bagi saya "laksa sarawak" antara laksa yang terbaik yg ada di malaysia. bahan campuran dan pes nya antara yang membuatkan laksa ini unik.
ReplyDeleteSalam
ReplyDelete