Manok Pansuh


 Ayam pansuh merupakan makanan etnik bagi etnik Iban di Sarawak. Manok pansuh antara makanan yang unik kerana ia dimasak di dalam lemang. Pernah suatu ketika dahulu ketika kami pelajar Sarawak, menyediakan ayam pansuh dibelakang dewan besar, datang seorang penjual aiskrim berbangsa India singgah dan bertanya, "bakar lemang ke dik?". Jika dilihat dengan mata kasar, luarannya memang seperti lemang , tetapi hakikatnya isi didalam buluh itu merupakan campuran ayam dan pucuk kayu ubi dan sedikit rempah ratus.


Berdasarkan pengalaman saya, masakan ayam pansuh ini hanya menggunakan isi/filet ayam sahaja. Isis ayam ini kemudiannya dipotong kecil bagi memudahkan ianya masak. Bagi mendapatkan rasa yang enak, ayam ini terlebih dahulu diperap selama 15minit-30minit untuk memastikan ramuan dan rempah ratus itu meresap ke dalam isi ayam. setelah itu, isi ayam tadi akan dimasukkan didalam buluh bersama-sama dengan daun pucuk ubi. Saya ingin menasihati agar tidak menggunakan buluh yang terlalu tebal. selain itu, kemahiran untuk mengendalikan api perlu ada. hal ini kerana, api yang terlalu marak akan menyebabkan buluh tersebut terbakar.

Menu masakan manuk pansuh sesuai untuk dimakan bersama nasi. 

2 comments:

  1. semestinya. ini disebabkan kaedah memasak dlm buluh membuatkan rasanya lebih asli dan enak.

    ReplyDelete
  2. kali pertama baca komen syaffiq sam saya rasa tertarik nak makan ayam ni. Tapi bila lihat tuan komen syaffiq sam, saya rasa nak muntah

    ReplyDelete