
Di Sarawak pucuk paku lebih dikenali sebagai pucuk midin.
Midin atau nama saintifiknya
Stenochlaena palustris adalah
tumbuhan liar yang tumbuh di tanah dataran rendah dalam hutan sekunder
dan tempat terbuka seperti kebun getah serta gemar menumpang pokok lain. Tumbuhan
ini juga antara tanaman semusim rizomatous dan epiphytic dengan akarnya
mencengkam di tanah yang biasa didapati di kawasan paya gambut dan air
tawar serta hutan belukar.

Pucuk paku yang lembut, berdaun atau
tanpa daun terbuka digunakan sebagai sayur atau ulam. Pelepah berdaun
kecil yang mempunyai spora biasanya tidak dimakan, manakala warna
pelepah berbeza dari hijau muda kepada hijau tua atau kemerah-merahan. Pelepah
subur dan warna merah terhasil daripada tindak balas kepada pertukaran
persekitaran yang tidak menentu seperti cuaca dan jerebu. Di
Sarawak, permintaan terhadap paku midin meningkat dengan keadaan tanah
berasid dan cuaca yang panas di kebanyakan tempat menggalakkan
pertumbuhan paku midin secara semulajadi. Kesedaran awam terhadap
makanan kesihatan dan bebas daripada pencemaran mendorong penggunaan
dan permintaan semakin meningkat terhadap sayur midin yang tumbuh secara
semulajadi.

Pengambilan sayur midin
sebagai makanan dijamin selamat dan mengandungi pelbagai
khasiat dengan setiap 100 gram pucuk muda mengandungi 4.8 mg zat besi, selain mengandungi vitamin A (beta karotene) yang penting bagi menguatkan penglihatan dan mencegah rabun malam
. Selain itu, tumbuhan liar ini kaya dengan mineral terutama fosforus dan kalium
. Perubatan secara tradisional percaya pucuk midin mampu mengubati masalah kesihatan seperti penyakit ciri birit dan daunnya yang direbus baik dimakan sebagai ulam.
No comments:
Post a Comment