 Terdapat beberapa istilah yang digunakan oleh masyarakat Sarawak untuk menamakan mee kolok. Masyarakat cina merujuk mee kolok kepada mee kampua, manakala etnik Iban pula menamakan mee kolok sebagai mee rangkai. Rangkai dalam bahasa Iban bermaksud kering, iaitu merujuk kepada mee yang kering, tidak berkuah.

 Mee kolok juga mempunyai pelbagai jenis masakan. Antaranya ialah mee kolok daging, mee kolok ayam dan mee kolok seafood. Resepi mee kolok boleh diubah mengikut cita rasa masing-masing. Satu hidangan mee kolok dilengkapi dengan sup, sambal kicap, daging lembu @ daging ayam @ seafood, daun bawang, sambal cili, daun sup .

Menjadi kebiasaan mee kolok dihidangkan bersama kuah sup. Kuah sup ini sama ada merupakan sup ayam mahupun sup daging sapi. 
Bagi mereka yang menggemari rasa pedas, bolehlah mencuba sambal kicap pedas yang dibuat khas untuk makan bersama mee kolok.
Di sini saya menyediakan pautan URL resepi Mee kolok untuk anda. Bagi mereka yang ingin berkeinginan mencuba untuk membuat mee kolok, pautan ini mugkin berguna.
Selamat mencuba!
http://www.kedaiummie.com.my/Mi+Kolok
Kesimpulanya disini, mee kolok merupakan makananan tempatan orang 
sarawak. Oleh yang demikian, bolehlah mencuba,menguja,merasai keenakkan 
mee kolok yang datangnya dari negeri sarawak yang mempunyai keistimewaan
 rasanya tersendiri. Dalam masa yang sama, ianya dapat mempromosikan 
makanan tempatan yang sedap, enak dan unik yang ada di dalam negeri 
mahupun di luar negeri. Oleh itu, ianya merupakan salah satu tarikan 
para pelancong yang melancong dinegeri sarawak. Para pelancong akan 
merasa berpuas hati apabila melancong di negeri sarawak kerana negeri 
mempunyai makanan yang istimewa yang tiada tolok bandingnya. Jikalau 
anda ingin mencuban mee kolok buatan orang sarawak, silalah datang ke 
kedai makan MEE KOLOK berhampiran anda. Selamat 
mencuba mee kolok dari negeri sarawak bumi kenyalang. CERIK RASA DOLOK !
 
No comments:
Post a Comment