Di Sarawak, lokasi popular pencarian ambal adalah di Asajaya dalam bahagian Samarahan serta Bako dan Buntal di Kuching. Setiap kali tiba musim ambal iaitu antara bulan Oktober sehingga Februari. Pantai Asajaya yang terletak dalam daerah Asajaya, kira-kira 95
kilometer dari bandar raya Kuching seolah-olah mengadakan sebuah pesta
dengan kehadiran lebih seratus orang pencari ambal dari kampung
setempat. Ini disebabkan orang ramai tidak mahu melepaskan
peluang menambah pendapatan sampingan kerana ambal boleh dijual dengan
harga lumayan .Lazimnya, sekilogram ambal di Sarawak dijual antara RM12 dan RM18,
bergantung kepada musim dan jenisnya. Malah, apabila dihantar ke Miri,
harganya mampu melambung naik sehingga RM25 sekilogram.![]() |
Megambal atau mengutip ambal merupakan aktiviti yang menarik. Hal ini kerana, aktiviti mengambal ini bagaikan suatu pesta berikutan ramai penduduk sekitar daerah Asajaya akan bertumpu di pantai Asajaya. Mengambal selalunya dilakukan ketika air mulai surut. Di sini saya juga ingin berkongsi cara mengutip ambal. Permukaan
pasir akan diketuk dengan menggunakan sebatang kayu yang dijuring
hujungnya dan diikat dengan tempat meletak kapur dibahagian batangnya. Ambal akan bertindak balas jika permukaan pasir yang diketuk tadi berhampiran dengan lubang tempat ambal berteduh. Lubang yang dipasti tempat ambal itu tadi akan dimasukkan kapur yang
dicampurkan dengan garam dan lada menggunakan sebatang lidi. Sekiranya ambal berada dalam lubang tersebut ia akan menolak lidi tadi untuk keluar dari lubang tersebut. Ketika itulah ambal tersebut dikutip.
Di sini saya menyediakan rakaman video PESTA AMBAL ASAJAYA 2012. Video menceritakan bagaimana proses pencarian ambal dilakukan.

kemass .. wohhh baru tau bende nih... :O
ReplyDeleteini sejenis siput. kalau kat semenanjung msia, ianya dipanggil siput buluh. kalau kat sarawak ia lebih dikenali "ambal".
ReplyDelete