
Ha! Kek ini merupakan kek yang sangat popular di Sarawak, bahkan turut di semenanjung. Kek ini merupakan kek yang sangat unik kerana ianya diserikan dengan warna yang pelbagai disamping diselangi lapisan yang membentuk corak yang sangat menarik. Selain itu, rasa kek lapis Sarawak yang enak dan lazat menyebabkan ia digemari oleh kebanyakan rakyat Malaysia. Kek ini dijadikan sebagai buah tangan oleh keluarga, mahupun sahabat handai yang melancong ke Sarawak. Pada musim perayaan, hampir setiap rumah menghidangkan tidak kurang daripada 3 jenis kek lapis untuk dijamukan kepada para tetamu yang bertandang ke rumah. Tidak kurang juga di semenanjung, kek lapis Sarawak sudah menjadi menu wajib ketika menyambut perayaan besar umat Islam seperti Hari Raya Puasa.
wow.... sedapnya...terasa nak beli kek sarawak..ler
ReplyDeleteKek lapis ni merupakan buah tangan paling popular bagai sesiapa yang melancong ke Sarawak. Jika saudara berminat, nanti saya akan usaha masukkan pautan atau alamat yang menjual kek lapis ini khususnya di semenanjung Malaysia.
ReplyDeleteya,. amat memerlukan kesabaran yang tinggi jika membuatnya.
ReplyDelete