Wednesday, October 2, 2013

Makanan Sarawak "nyaman, mun sik percayak cuba nun gak!"

Assalamualaikum w..b.t. dan salam sejahtera...

Terlebih dahulu saya ingin memanjatkan kesyukuran terhadap Allah s.w.t kerana dengan limpah dan kurnia serta hidayah-NYA saya di beri kekuatan untuk mencipta satu blog yang akan menceritakan perihal tentang makanan di SARAWAK BUMI KENYALANG. Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pensyarah saya kerana memberi peluang untuk berkarya.
         Jika diamati, keindahan alam semula jadi di Sarawak menjadikan ia sebagai negeri yang kaya dengan biodiversiti yang sangat unik. Selain itu, kepelbagaian kaum bumiputera telah menambahkan lagi keunikan Sarawak sebagai sebuah negeri yang makmur, aman dan sejahtera. Kepelbagaian sumber alam semulajadi di samping etnik bumiputera mencipta satu hubungan di antara alam dan manusia yang akrab. Contohnya, untuk tujuan sumber makanan.
          Seperti yang kita sedia maklum, setiap negeri mempunyai keunikan makanan yang tersendiri. Sebagai, contoh Terengganu terkenal dengan keropok lekor dan nasi dagang, Kelantan pula terkenal dengan nasi Kerabu dan budu, manakala di bahagian Utara tanah air seperti Penang dan Kedah terkenal dengan nasi kandar. Oleh hal yang demikian, Sarawak tidak terkecuali bahkan, makanan di Sarawak juga cukup digemari oleh rakyat Malaysia kerana rasanya yang lazat dan unik.
         Justeru, blog ini akan menceritakan serba sedikit tentang perihal makanan di Sarawak sebagai panduan kepada rakyat Malaysia yang gemar untuk mencari kelainan dan mencuba sesuatu yang baru. Oleh itu, diharap penulisan blog ini dapat membantu.

Sekian, terima kasih.

1 comment: